Three Cute Cherries

Thursday, September 6, 2012

.::Fashion:ke mana arah Tuju?::.

CUTIE MUTIE ~FaatiNNasreeN~ at 9/06/2012 03:33:00 AM 2 .::cuTe responds from cute friend::.

Apakah itu fashion? Anda rasa? Fashion mana yang anda gilakan? Yang Branded (LV, Coach?) or cultural (spt korean style, japanese style). yang mana satu yang anda rasa lebih baik..fashion ni tanpa kita sedar banyak gila cabang..dan makin lama makin bersaing antara satu sama lain,kan? Pereka2 berlumba2 nak cipta gaya tersendiri yang orang lain xpernah buat. Untuk apa? Kitapun yang pengikut2 terikut2 trend yang diwarkan2 lebih terkini..esoknya bertukar..lusa tukar lain..kitapun beli..esok beli lain sebab dah tukar..pastu bulan depan beli lain...sebab dah trend baru yang lain keluar..bila nak habis macam tu?so sape yang terbaik akhirnya?

So sampai mana benda ni semua pergi? Adakah ia akan ada penamat or dia akan ulang berulang dan berulang lagi. yang jadi mangsa siapa? The money spender yang ingin menjadi terbaik dan up-to date. untuk up-to-date manusia sanggup bertukar2 prinsip sekejap dengar cakap orang ni, pastu bulan depan tukar plak ikut cakap orang..semuanya kerana 'fashion trend'.

Tapi satu jer..kita xpernah dengar cakap Maha Pencipta kita. Dia yang hidupkan kita dan Dia yang matikan kita. Jadi kenapa kita dengar cakap golongan manusia yang akan sama2 mati dengan kita? tu yang ku fikir semenjak 2 menjak ni. ku kongsi ni bukan sebab ku baik tapi sebab ku antara golongan yang tergila2kan fashion walaupun xreti sangat nak berfesyen..heks..


Akhirnya yang ku ingin singkapkan jalan mana yang kita pilih untuk kehidupan abadi selepas kehidupan sementara kita ni? Mari kita sama2 bermuhasabah bahawasanya tubuh kita ini hanya pinjaman, kalau orang mengata kita xcantik di dunia ni biarlah kita cantik di akhirat nanti. Jangan nanti di dunia xcantik di akhirat pun kita xcantik. x ke mana hidup sementara ni. sebab ciptaan manusia tiada pengakhirannya kerna manusia ramai dan bertambah..mungkin minggu ni ciptaan dia hebat, minggu depan ciptan orang lain pulak yang hebat..xgitu..itukan lumrah kehidupan.ada turun naik. 

Tapi ALLAH swt ada satu jer. Apa yang dia tetapkan xde org boleh ubah sebab dia Maha Esa dan Maha Pencipta. Kita pinjam hak dia xkira tanah, air, langit, bumi, pokok2, haiwan semua hak Yang Maha Esa. Kenapa kita semua perlu ikut dan dengar orang kebanyakan ciptaan Dia ye dop? Jadi apa2pun berbaliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah Trend terbaik dari dulu hingga kini. Tiada yang lain lagi..=)
ALLAHUAKBAR!!!


Tuesday, September 4, 2012

Surah An-Nur ayat 15

CUTIE MUTIE ~FaatiNNasreeN~ at 9/04/2012 03:25:00 AM 2 .::cuTe responds from cute friend::.

A015
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Sunday, September 2, 2012

Raya 2012

CUTIE MUTIE ~FaatiNNasreeN~ at 9/02/2012 02:23:00 AM 2 .::cuTe responds from cute friend::.

Suami Romantik =]

CUTIE MUTIE ~FaatiNNasreeN~ at 9/02/2012 01:06:00 AM 4 .::cuTe responds from cute friend::.
lamanya dah xtulis blog...berhabuk bersawang kat sini.
September dahpun menjelma..xlama lagi genapla setahun my marriage...hu...
xsangka dh setahun lamanya berkahwin dgn en.Anwar...

cite pasal kahwin kan...dolu2 seblom kahwin..
ku ni suke bebeno layan drama Korean..
sape yg memang hantu Korean Drama tu mmg tahula hero2 dia dahla hensem pastu romantik ngat..
seblom kahwin ingat lagi time bercouple slalu gaduh ngan en.Anwar sbb dia xromantik cam cite Korea..
haha..ntah pape kan...tapi rasanya most of perempuan pun rase xde laki kt dunia tu cam hero lam cite Korea..sbb byk sgt berFANTASI..Realiti xdapat nak terima..

n xpenah dapat ape rase romantik tu..
tapi dah kahwin..baru tahu apa sebenarnya erti romantik tu...[ha..jgn otak BIRU dulu tau..keh..keh..keh..]


nak tahu tak rahsia suami yang romantik...????

  1. ku baru sedar lagi romantik suami yang panggil isteri dia solat sama2..=)
  2. ku baru sedar lagi romantik suami yang mengimamkan isteri dia.[rasa cam terharu lagi2 bila bacaan dia sedap + cam xtahu plak surah panjang2 pun dia hafal..]
  3. ku baru sedar lagi romantik seblom nak solat tu cam main2 nak btalkan air wuduk..walaupun cam xelok..tp sweetla...cam budak2..haha
  4. ku baru sedar romantik sangat bila encik suami ajak tadarus sesama...
  5. ku baru sedar romantik sangat bila suami citakan sirah2 Rasulullah, para sahabat..[ni sius cam sweet gila..sebelum tidur tu dapat dengar kisah2 nabi..]
  6. banyak lagila romantik bila seorang suami ada pegangan agama yang baik..sebab dia dapat kongsi ngan kita..


and paling terbaik sebab kita rasa secure sebab dia ajak kita sama2 menuju ke jalan yang benar dan menenangkan hati..mungkin dia xsempurna banyak kekurangan tapi ku juga begitu..cukupla dia sempurna di mataku..walau apapun kata orang..

ku menyesal SANGAT2 dgn sikapku yang dulu banyak kerenah, merungut apa yang xcukup..kalau ku ni jadi menantu Nabi Ibrahim dah lama agaknya ku telah diceraikan..nak tahu kisah Nabi Ibrahim dan menantunya lehla google =). Kaum perempuan kena berjaga2 sgt dalam menjaga hal suami dan keluarga kita..sebab tu ramai perempuan masuk neraka sebab mulut kita! Nauzubillah..Semoga ku dapat petunjuk dan Hidayah dr Allah swt..amin Ya Rabbal Alamin...


 

.::faatincmeLz::. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review